Bengkel Asas Berniaga Secara Digital

23 September 2019 | Aktiviti Terkini

Telah berjaya diadakan bengkel asas berniaga secara digital bersama para usahawan setempat dari Kampung Chengal dan sekitar. Kelas ini bagi mendedahkan kepada peserta akan kepentingan berniaga secara atas talian, manfaat dan platform yang terkini serta bersesuaian.

Seramai 15 orang usahawan terdiri dari pelbagai latar belakang perniagaan. Para usahawan begitu bersemangat mengikuti bengkel ini yang turut didedahkan dengan penggunaan mini studio secara demonstrasi dan praktikal disampaikan oleh Mohd Ilham Ruslay. Semoga para usahawan mendapat manfaat dari bengkel yang diadakan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas